Thursday, November 01, 2018

Life In Japan Part 5

Assalamualaikum..
Lama sangat sangat tak update blog...
Sejak-sejak kendali business kecil-kecilan untuk bento halal di jepun (nanies cooking) dan sejak masuk musim panas hari tu memang rasa malas nak merajinkan diri untuk blog.
Sekarang dah masuk autum dan order bento pun dah berkurang...mungkin sebab ramai yang tak ke Jepun memandangkan banyak bencana alam yang terjadi tahun ni...(semoga kami dan semua yang berada dijepun dalam lindungan Allah selalu)

 Sebenarnya teringin nak cerita pasal kehidupan kami sekeluarga di Jepun sejak dua tahun menetap di sini.
Saya selalu terbaca atau mendengar customer yang menetap dia jepun yang cerita bertapa mereka tak suka dgn negara matahari terbit ini.Beberapa org menceritakan pengalaman buruk mereka  dgn sesetengah masyarakat yang memandang serong pada wanita yang bertudung,atau juga memandang rendah pada warga asing,ada juga yang mengatakan Jepun byk jenayah tapi mereka cover supaya orang tidak nampak keburukan mereka.Ada yang mengatakan jangan harap duduk di Jepun nak dapat priviledge dari rakyat mereka..dan macam macam lagi.

Bila baca atau dengar cerita-cerita negative ini memang membuat kan saya amat risau juga dengan keadaan kami walaupun buat masa ni hidup kami di sini alhamdulillah byk Allah tolong.

Saya selalu pesan dgn anak-anak dan diri saya sendiri.
1.Peliharalah agama kita...Allah akan pelihara kita.
2.Niat la buat sesuatu itu kerana Allah dan nak buat benda baik..In Sha Allah ,Allah akan tolong kita
3.Jagalah Agama In Sha Allah dunia pun akan kejar kita
4.Kita menumpang negara org,kita berhijrah untuk menuntut ilmu,yg baik kita jadikan panduan yg buruk jgn ikut.satu hari nnt kalau kita balik negara sendiri kita ada ilmu untuk dikongsi.
5.Hormatla dkt org kalau kita nak kita dihormati
6.Senyum,dan berbudi bahasa kalau kita nak benda yg sama mereka lakukan dkt kita( walaupun kalau mereka hanya bermuka2 tp kita tak faham hahahha)
7.Sentiasalah berharap Allah...bumi ini luas..mana2 kita pergi bukan hak mereka tapi hak Allah.

Memang buat masa ni ditempat saya cuma kami sahaja keluarga Islam dan menutup aurat...
kebarangkalian untuk dpt priviledge mmg lagi tak nampak la hehehe..

Tapi.kelebihan kami dan semua umat Islam adalah Doa.
Kita ada kuasa Doa...setiap benda hidup dan hati manusia semua milik Allah..

Saya selalu mohon pada Allah mudahkan la urusan kami dunia akhirat..
Mudahkan kami melaksanakan rukun iman dan rukun islam kami di mana juga kami berada.

Alhamdulillah Allah izin kan...
malah baru2 ini pakcik ketua block kami..panggil suami saya ajak bersembang..
dia tunjuk pada husband saya yang dia telah membeli buku mengenai ISLAM( bertapa bersyukur nya kami bila dia nak tahu pasal Islam walaupun tak tahu dia baca atau tak hehehhe)
Dia bagitahu husband saya yang dia juga adalah ahli sukarela polis (tak berapa faham tapi katanya kalau ada apa2 kes kalau dia yang report,polis akan take serious sbb dia anggota yang berdaftar)
so katanya kalau ada yang tak kena atau anak2 kena buli di sekolah,bg tahu dia cepat..dia juga offer diri nak tolong bawa husband saya ke tempat urus kereta yang husband saya nak tengok...atau biar dia uruskan permohonan parking dan sebagainya..dia juga tolong call tempat parking tanyakan proses..walaupun husband kata takpa biar husband saya sendiri yang call.

Saya agak terharu...dalam kekeliruan saya fikir kenapa saya kena pindah sini..Allah bg jawapan mungkin ada sesuatu hikmah yg saya tidak ketahui lagi.
Saya juga bersyukur bila Allah selalu temukan saya dgn jiran2 ,sahabat2dan keluarga   yang baik....(nikmat Allah yang mana la yg kamu ingin dustakan).

Hidup di Jepun mmg kena struggle... bukan mencari kekayaan kerana disini mmg kos nya amat tinggi(tapi kalau dapat Alhamdulillah)..tapi mencari keredhaan...


Wednesday, November 29, 2017

Life in Japan Part 4

Assalamualaikum... Konbanwa...
Rabu - suiyobi

Around 8.30 pm.. Husband call tanya boleh ke saya ke 7E sorang-sorang...😂
Actually hari ni banyak buat kerja rumah..so minta en husband belanja caffe latte dekat seven7...Kedai mamak tak ada nak melepak 😂😂.
Ni first time saya kena jalan kaki ke 7E sorang2..kalau ke stesyen naik bas sorang2 pernah la..Btw.dkt sini budak2 sekolah pun selalu je balik sorang2..tp sebab dah terbawa takut sorang2 masa kat malaysia so dkt sini pun mmg berhati2 la...tp... still baca ayat qursi dan ayat pelindung dr surah yasin tu..org jahat tak kira di mana2 kan.

Saya terajin nak menaip malam2 ni di sebabkan satu kisah saya dpt masa otw ke 7E.
Tengah2 jalan ala feeling mcm cerita korea 😂.. saya perhati sekolah anak2 saya..(ini bkn cerita seram di malam hari ya😂)..
tiba2 tgk lampu  menyala di tingkat kelas kak ngah zara sophia..saya cari2 ada org ke? kereta mmg byk lagi sebab hari2 ada org guna dewan sekolah tu.Perhati punya perhati.. nampak sensei kak ngah tgh sapu sampah depan kelas dia..dekat koridor..what do you feel.?😟
Honestly ..hati saya yg mcm tisu ni terus mcm nak lap dgn tisu dapur... tebal sikit..
Sepanjang perjalanan mula la mcm2 persoalan kat otak saya ni...
Hang dok mengajar anak2 dr pagi.. hang juga la jadi tukang bersih kelas huhuhu..
serious saya terharu sgt..
Saya tahu saya tak boleh compare dgn negara saya yg tercinta..sebab kalau saya tanya sensei pun saya tahu..itu mmg cara diaorg...one of their responsibility..dan saya tahu setiap hari termasuk sabtu memang ada sensei yg dibahagi2 tugas utk jaga sekolah.
Kalau weekday sampai pukul 9 atau 10pm rasanya..kalau sabtu sampai petang saya rasa..
Balik dari seven7 saya terus tanya zara..
Bukan ke hari2 ada souji(mengemas) yg student buat mcm lap lantai..sapu sampah..basuh toilet,sinki dll.
zara kata mmg ada.. tapi hari ni ada kelas seni lama..so souji tak ada..tp kalau student buat tak bersih pun nnt sensei akan tlg buat.
ni bukan first time saya nampak..sebelum ni saya nampak sensei lelaki sensei kelas zara masa darjah dua dulu mengemas juga..

Bukan di sekolah je.. saya pun pernah ternampak masa pergi kekedai jalan kaki..saya melalui satu tempat mcm bus stand tp bukan bus stand mcm kita yg org boleh naik dekat situ..tak tahu nak panggil apa..tapi tempat driver bus relax sambil tunggu next jadual..
tgh2 jalan tu saya  tgk pakcik driver bas tu tgh sapu sampah..huhuhu...

no wonder la org kata jepun ni bersih kan..kebersihan tu mmg jadi tanggungjawab semua org.dari sekolah diaorg terapkan sampai ke tempat kerja.

In shaa Allah saya plan dengan husband bulan 12 ni ada perjumpaan dengan sensei..saya nak tanya lebih detail cara diaorg bekerja.
doakan dipermudahkan urusan kami di sini ya..jyane


Thursday, November 02, 2017

Schooling in Japan part 6

Assalamualaikum..konichiwa...good evening..😍

Hari ni Khamis. dalam bahasa jepun is Mokuyōbi..

Minggu ni sensei asyik datang rumah je..
Sensei kak Cik Khaira & Sensei kak Ngah Zara..

Semalam sensei kak cik datang sebab nak bagi tahu hari ni ada Picnic.Sensei tahu mama nihongo wakaranai.. so sensei dtg rumah terangkan nak bawa apa dan cakap sikit-sikit.. mama angguk je la yg mana faham 😊..
Sensei kak ngah pulak datang rumah dua hari lepas..sebab kakngah zara dah dua hari tak pergi sekolah sebab demam.kak ngah dengan kak cik susah demam.tp kalau dah kena memang lambat sikit nak baik.

Sensei kak ngah datang tanya kak ngah ok tak..bg semangat dekat kak ngah.peluk dia..bg tahu kawan2 pun tanya.Kak ngah actually mmg semangat nak pergi sekolah..sbb jadi penolong ketua kelas..tp mama tak bg sebab tgk still batuk selsema..risau takut berjangkit dengan kawan-kawan & susahkan sensei...

Tapi..saya terfikir..tugas cikgu ni ibarat doktor pakar kut..Kita kalau tak sihat..cuba jumpa doktor pakar.. (bkn doktor biasa tak bagus ya..saya jumpa juga dua tiga org doktor yg bagus masa kat malaysia cth di annur ada doktor phia,sorang doktor lelaki rendah2 pakai speck lupa dah nama.dan di azzaharah ada doktor yg saya rasa best sgt sbb seorg yang memahami..arwah doktor zahra..semoga doktor ditempatkan dikalangan hamba Allah yg solehah.amiinn). sambung balik pasal doktor pakar..kita kalau jumpa doktor pakar biasanya dia cakap dan memahami je pun buat kita rasa selesa dan semangat.
Macam tu juga seorg guru.. rupanya anak murid ni bila kita jumpa dia face to face..tanya khabar dan bg semangat..dia lagi semangat nak pergi sekolah.berkobar..sakit pun jd kurang sbb dia positifkan diri dia... dia sihat.alhamdulillah..
Dia bukan tak pernah kena marah dengan sensei sebab lupa bawa brg sekolah..tp bila sensei peluk dia..sembang dgn dia..mcm mama dia buat..dia jd lupa dah..dia dpt semangat baru..
patut la.anak2 bila seorang ibu tu kalau bebel marah mcm mana pun .. lps tu kita peluk dia cakap baik2 dia still manja dengan ibu dia kan..hehe lumrah anak..mmg perlukan kasih sayang ibu bapa.

Hari ni anak-anak ada picnic dekat taman belakang rumah.
semua jalan kaki sejauh 6km kalau tak silap.
satu sekolah pergi.. saya bayangkan taman tu penuh..campur pulak ada satu lagi sekolah pun picnic juga tapi bila kak long aliya terangkan.."mama..bukan ramai pun satu sekolah" baru saya teringat..sekolah di jepun biasanya setiap darjah ada 1 @ 2 kelas saja.satu kelas ada dlm 20 lebih so total satu sekolah katakan 40 org satu darjah so total dalam 240 lebih je 😂..tak penuh padang lagi.
Balik dari picnic..nampak sensei kak ngah bawa kak ngah zara dengan kak cik khaira balik..rupanya kak cik khaira tak larat sakit dada sakit kaki sebab byk aktivit hari ni dari pagi sampai petang..tak belajar..satu hari main je..happy sangat la anak-anak bertuah ni.

Tapi paling penting hari ni..mama lupa sgt suruh diaorg solat dekat taman sebab ingatkan diaorg balik awal...tak sangka pulak picnic dari 8.30am sampai 2pm.
Kak long aliya sampai rumah je..memandangkan dia org pertama sampai..so mama tanya.."kakak..awak solat tak"
"solat" dia jwb.
rupanya dia solat dekat satu tmpt dekat taman..bila tanya sapa suruh dan tunjuk kiblat..dia kata sensei panggil suruh solat..dan tunjuk kiblat..dia lupa bawa telekung sbb dia pun tak sangka sampai petang..so solat dgn baju dia..nasib ada jaket..bertutup la jg..so lps ni mama kena ingatkan sentiasa bw telekung kalau pergi mana2 dgn sekolah..dan nak kena ajar anak2 tengok kompas cari arah kiblat..

Esk Japan cuti..hari rehat mama hehehe..

belanja gambar bento anak2 bawa pergi picnic hari ni..😁
Nasi,sup ayam,cendawan masak sos tiram,cheery crepe dan buah orange.





Sunday, January 22, 2017

life in japan part 3

Assalamualaikum...
Lama sgt tak update blog...kesibukan urus family dan online shopping...asyik bertangguh nak update.
Ada banyak cerita nak di kongsi sebenarnya..tp simpan dlm otak yg berlegar2 ni 😂.

Sekarang dah masuk musim sejuk dan sbbkan malam ni x boleh nak tidur suhu pun 1'c saya ambil keputusan nak cerita kisah hari ni..

Mengenai Perkhidmatan perubatan di jepun.

Saya ada join satu group di fb namanya Road To Japan.satu group yang bagus dan byk informasi.

Ada yang terbaru mengenai seorang pelancong malaysia dtg ke jepun dan ditakdirkan tergelincir jatuh dan kakinya patah.
Dari review yg saya baca amatlah sukar utk pelawat yg dtg melancong ke sini untuk menerima rawatan.
1. Dari segi hospital tidak akan terima pesakit sekiranya penuh.
2. Kalau tiada siapa yang boleh berbahasa jepun juga mereka sukar utk menerima..mungkin mereka risau salah faham yang mungkin akan berlaku.
3. Kos rawatan yang tinggi.Jadi seelok eloknya sekiranya ingin melancong ke mana2 negara pun saya rasa elok la kita ambil insuran utk perubatan yg cover banyak.
Pasang niat melancong kerana Allah.. dan doa semoga Allah permudahkan urusan dan buat la solat sunat musaffir dan tawakkal.

Sambung semula mengenai perubatan.
Dua minggu lepas anak kedua kami mengalami sedikit masalah dikakinya.
Saya perasan ada lebam di tapak kaki dan merah-merah. Jadinya En suami bawa anak saya ke klinik berdekatan.
Untuk pengetahuan semua. Klinik di jepun tak macam di malaysia yang mana kalau kita bekerja biasanya company akan tanggung keseluruhan bill untuk klinik2 swasta yang terpilih.
Di Japan company hanya akan bayar cuma 70% dan selebihnya ditanggung oleh pesakit. Jika bekerja di Jepun, majikan kita akan beri insuran pekerja (syakai hoken).. dan juga diberi pada isteri dan anak2. Tapi klinik di sini menurut kata en.suami semuanya adalah klinik pakar. Jepun mmg menganggap insurans tu mcm suatu yg wajib ya utk diambil sbg bayaran rawatan. Dan semua klinik mereka cover.
Bila kena bayar ssh hati la juga. Lagi2 semuanya klinik pakar kan..mahu beratus kena rasanya.
Husband bawa anak kami zara ke klinik pakar kulit. Doktor kata zara kena penyakit musim sejuk (Frostbite), penyakit ni biasa terjadi ketika musim sejuk. Org jepun sendiri kena juga... lagi2 kami yg baru merasa musim sejuk ni. Sakit tu terjadi bila darah tak mengalir dgn betul.
Lepas jumpa Doktor, husband kena caj ¥ 1400 (30%). Nurse ada tanya..bawa tak kad rawatan kanak2 (kodomo-ken) yg dr pejabat apa sy pun tak ingat pejabat daerah chiba rasanya. Kalau ada kad tu murah sikit bayar katanya.
Husband sy kata tak ada.so byr la bill tu..
Balik rumah cari2 rupanya ada..careless di situ.😅. Kad insuran syakai hoken mesti disertakan dgn Kodomo-ken tu..bila daftar.
Semalam pula. bawa anak sulong dan kedua ke klinik pakar yg sama juga.
memandangkan zara tak baik lg.dan aliya start kena benda yang sama.dan juga alang2 pergi boleh tanya mengenai kelumumur la jerawat la anak sulong ni 😁😁 jumpa pakar kan hehe.
Kali ni husband bw kad rawatan kanak2 tu juga.
Bila masa nak byr bil..klinik kata free dan masa tunjuk ubat zara yg lama nurse jumpa resit sebelum ni. Jadi dia kata yg bill resit ni kami refund balik ¥1400 . Alhamdulillah 😄😄.
Balik je husband tunjuk kat sy resit dan tanya sy berapa cas consultancy pakar kat malaysia. Sy kata dlm rm 50.00. Ada jg company yg cover utk klinik pakar. Husband sy tunjuk resit...cas consultancy pakar sini dlm rm 8.00 je 🤔...
hmmm takpa...maybe sbb jepun dah lama maju dan dia boleh bg kelebihan dekat situ.
In shaa Allah nnt dkt negara saya yg tercinta akan buat benda yg sama.
😊😊
Lagi satu saya rasa dekat malaysia mungkin terlalu ramai yang sakit dan x boleh nak buat mcm tu.ehmm start berfikir lagi 😂😂.

Tp kita still ada klinik2 kerajaan dan klinik satu malaysia yang tak perlu bayar sy rasa.

Ohhh sy x nak pandang yg buruk pada negara saya sbb sy hanya menumpang di negara org hehehe sy sentiasa doa negara sy akan amat..cehh patriotik sekejap.

Ok stop dulu mata nak tdo dah..
oyasuminasai...

gambar kaki anak yg bengkak sbb frostbite.comei plak.

Tuesday, December 06, 2016

Life in Japan part 2

Assalamualaikum n ohaiyogozaimasu..

Pagi ni Aliya(ariya nama jepun dia 😊 ) first time pergi rombongan sekolah.
As usual hati mama dia ni mmg serabut la bila anak2 nak pergi rombongan ni.
Tp kalau tak pergi mcm mana pula dia nak campur dgn kawan2 so dgn berharap sepenuh hati kat Allah agar jaga dia saya pun benarkan la dia join rombongan tu.Papa dia pun mcm biasa relax je heheh papa dia kata kakak kena join mcm papa dulu la... masa bljr dulu papa sorang je org islam so papa ikut je kwn2 jepun ni.lama2 kita faham la.jadi saya pun positifkan diri lagi bg dia ikut rombongan tu.
Rombongan pergi pusat sains,sbb tu juga la mama dia ni bagi dia pergi.
Semoga Allah lindungi anak mama pergi rombongan tu ya.
On the way jumpa sensei pagi tadi ternampak ada sorang perempuan tgh sapu daun2 luruh dkt luar sekolah.Saya tahu dah sapa sbb smlm saya nampak 3 org sapu sampah dua org perempuan sorang lelaki.
Cuba teka sapa?😊
Yg baju putih depan zara tu?
haa tu la Guru Besar sekolah hanamigawa.😊. Semalam 3 org tu.. sorang guru besar,sorang penolong kanan,sorang lagi sensei bahagian kesihatan.

Semalam actually saya bawa kakak (officemate,kakak geng carpool n kakak yg pernah tlg sy mintakan kat boss sy suruh sy keja dkt cyberjaya kejap memandangkan sy tgh sarat nak bersalin...kalau tak kehulu kehilir drive g kl tu hari2.terima kasih kakak heheh.) g jln depan sekolah.
so masa otw tu kak niezan ni pun nmpk la sensei2 ni mengemas... saya cakap nampak tak kak niezan bezanya...
kak niezan kata patutlaaa dah guru besar pun buat keja apatah lagi anak murid kena lap lantai..sapu sampah..

Semalam seronok sgt bila kakak ni dtg rmh..haha punya lawak masa dia sampai sy rasa mcm nak nangis sbb happy.bila dia nak.balik pun nak nangis juga.. ntah apa2 la kan..tp sbb rindu kat semua keluarga dan sahabat kat malaysia tu yg jadi lagu tu hahaha.

sambung balik cerita aliya pergi rombongan.
sensei dah list ka semua barang yang kena bawa termasuk makanan.
so pagi tadi masa jumpa pen.guru besar tanya tmpt solat..sensei minta maaf sgt dia terlupa.
then masa tunggu kakak naik bas..actually takde parents lain yang hantar..kami je..(ingat anak hang sek.tadika ke htr haha tp sbb dah biasa camtu) then penolong guru besar jumpa kami..dia kata ada dah tmpt solat nnt.alhamdulillah..harap2 kak aliya istiqomah dlm menunaikan tanggungjawab aminn..
Yg saya pesan kakak baca ayat qursi baca wajaalna...(ayat dlm surah yassin tu) 
kalau rasa x sedap hati baca byk2 tau.tu je yg mama mampun pesan selain doa mama.

Semoga perjalanan anak mama g romb. dan perjalanan papa ke office dan kita semua dilindungi Allah swt.

hari ni bersepah2 cerita hahahah.semua nak sumbat.

ok byee 


Thursday, November 17, 2016

Sekolah di Japan Part 5

Assalamualaikum n konbanwa...

Hari ni kami kena kesekolah untuk bawa kakcik buat medical checkup.

Jom cerita pasal sekolah lagi.
Dekat japan rupanya setiap anak2 sekolah dikehendaki buat medical checkup...mcm org nak masuk u pulak kan 😆 tp x payah bayar.
Tp ini menunjukkan betapa depa ni mmg ambil berat sgt tentang kesihatan.

Bulan lepas kami bawa aliya n zara ke pusat kesihatan.tmpt ni tak mcm klinik atau hospital.mcm bangunan pejabat tp mmg bahagian xtray semua dkt situ.
Tmpt tu takde wad mcm hospital n tak ramai org.tp x tahu panggil apa hehe.

Masa tunggu angka giliran.. ni pun nak cerita... kata japan negara maju kan..tp majoriti tmpt sy pergi mmg takde angka giliran electronic tu.. semua dok panggil manually..
Jenuh dok fikir knp...so sy buat conclusion maybe jepun ni tak suka membazir letrik ke benda2 yg kecil.tapi seriuosly depa x suka membazir letrik ke air ke.
paip air dkt sekolah pun jenis paip air yg tadah baru keluar air tu.
Lps no di panggil kami keatas utk buat xtray.tmptnya sgt la bersih.dia sediakan 1 bilik ada 6 cubical berlangsir utk salin pakaian dan tmpt letak brg.depan tu terus bilik x tray. lps habis xtray kena turun balik jumpa doktor.

Ok.. dekat sini saya cerita pengalaman pertama saya jumpa doktor di luar negara...dan di negara matahari terbit ni.
Masa jumpa doktor ofcourse cakap nihongo jadi en suami je la layan.Doktor ni doktor perempuan.Mula2 dia tanya ada anak2 kerap batuk..ada penyakit tb tak ada pening ke tak.selingan lg...masa isi form kesihatan di sekolah mmg detaillllll sgt hahah.
Dlm borang tu ada soalan antrnya:-
1.Kerap pening ke tak
2.Kerap lelah ke tak
3.Selalu sakit perut tak
4.mata rabun ke tak
5. tidur berdengkur ke tak
6.bentuk gigi ikut susunan ke tak

haaa mmg terkedu tgk soalan.tu antaranya je..byk lagi.

so sambung kisah jumpa doktor.Lps doktor tanya soalan2 tiba pula masa doktor nak check dada... jadinya kena la singkap tudung skit kan..
Apa yg sy terkejut sgt..... Doktor tu cakap kat husband saya.. "en pandang belakang ya.pandang dinding tu..kalau sy tanya en tolong bg tahu anak2.
Sbb anak2.ni perempuan jadinya org lelaki tak boleh tgk."😰 Sungguh saya respect sgt.ke mmg mcm tu kat tmpt lain pun dan saya je baru jumpa mcm ni.
Doktor tu mcm menghormati privasi perempuan walaupun anak sendiri.
Sbb saya faham ada anak perempuan bila dah besar sedikit dia dah mula rasa malu walau dgn bapanya.jadi bila doktor buat mcm tu mcm melindungi rasa malu tu.
Husband pun mula2 terkejut tp lps tu dia kata..doktor pun jaga aurat perempuan kan 😆.
Bila dah settle dpt result alhamdulillah anak2 sihat.

Kisah kak cik pula... hari ni selain dr buat medical checkup ada taklimat juga dgn ibu bapa tentang kemasukan darjah satu bulan 4 thn hadapan.
Bila saya join sekali taklimat yang hanya dibuat dalam library tu..terasa kesian dgn cikgu2 kat negara kita.
Cuba tgk berapa byk sgt la ibu bapa yang hadir untuk darjah satu tahun hadapan.
Sbb tu saya rasa kenapa sekolah2 di japan depa boleh buat sistem pendidikan yang bagus.Boleh ambil berat pada anak2.murid.
Buat masa ni cuma ada 1 kelas sahaja untuk setiap darjah..jumlah murid dlm 20 lebih je.dan mungkin tahun hadapan akan tambah jadi dua kelas memandangkan ada sekolah yg. nak ditutup tak tahu sebab apa jadi akan pindah sekolah ni.
Kalau dekat Malaysia... sekolah anak saya pagi ptg setiap darjah ada 10 buah kelas.
satu kelas dkt 40 lebih anak murid.
Kesian kat cikgu2 kesian juga kat anak murid.
Mcm mana la nak handle kan.. lg2 sekarang ni dok baca byk betul ibu bapa yang nak bg keselesaan terlampau pada anak2 agar boleh jadi raja dalam sekolah.hmm saya terbaca anak2 adalah pelanggan jadi gurunya apa?
Teringat masa lps SPM family suruh sy masuk maktab jadi cikgu..saya mmg berkeras tak mahu sbb apa?
Sbb saya kata tugas cikgu bukan nak didik ilmu dunia je...tp ilmu akhirat sekali.
Saya tak berani nak pikul tanggungjawab tu masa itu.
Kalau dah anak2 dikatakan pelanggan di sekolah..patutla guru2 tak dihormati.
sedih sgt bila ingat balik zaman sy sekolah selalu dgr pesanan.. doa ibu bapa adalah penting.doa kedua penting adalah doa guru2 .bila nak exam mmg minta maaf kat ibu bapa dan cikgu.
tp skrg mcm terbalik je.
Kalau ibu bapa tak mampu nak membelek anak selalu..bglah kepercayaan kat guru tp jgnla serah bulat2 sbb anak tu anak kita juga.selagi cikgu tak buat sesuatu yang memudaratkan pada anak2 nasihatkan la semula anak2 kita tu bukan hanya melepas batuk ditagga dan sentiasa setuju je dgn pandangan anak2.

Anak2 sy mungkin dizinkan  Allah utk merasai cara pendidikan di negara org.Hari pertama persekolahan depa mmg dah disuruh lap lantai guna kain dan ada yang kena sapu sampah.
mereka ada waktu yg diajar oleh guru untuk bercucuk tanam.
Cara2 untuk buang sampah dan ada yg sy tgk di notice board ada sesi yg pekerja2 pembuangan sampah dtg dgn lori tunjuk cara kerja2 depa kerja.so anak2 akan lebih hargai.
Agak2 kalau kat malaysia mahu hari2 kena saman sekolah buat anak mcm ni.
Tp kena positif.. kalau tak depa belajar buat semua ni dan ditakdirkan hidup mereka tak sesenang ibu bapa mereka masa skrg..mcm mana mereka nak.berdikari.Jgn nnt sentiasa mengharap ibu bapa sampai tua la ibu bapa tu.
Mendidik anak bukan mudah..sebab mereka amanah yang Allah bg utk kita jaga didunia..dan mengharapkan agar jd harta kita bila kita tiada.
ehhh dah melalut plak kan..sbb hari ni terbaca kisah ibu bapa marah cikgu la ni.
gomennasaiiiii.
ok la nnt cerita lg..






Wednesday, November 02, 2016

Japan life Part 1

Assalamualaikum..
Lama dah tak menaip kat blog..kesibukan melanda hehe

Hari ni nak citer life kat japan plak..
Dua hari lps ada org tingtong rumah lps isyaq..dlm hati ada dua je.. org dtg nak suruh bdk2 ni jgn bising ke or org nak htr makanan...dua2 tak nak huhuhu...
Org jepun ni mcm kita zaman2 80an dulu ..pakcik2 nmpk bdk kecik nnt bg duit 50 sen ke.. x takut masa tu.... sebab rasa selamat je..naik basikal kat kampung setiap kali jumpa pakcik makcik mesti tegur..tu pesan arwah abah(atok)..kdg2 kalau naik basikal tak takut pun nak tumpang kan makcik2 htr sampai rmh..sbb x de kes kidnap masa tu...
ok sambung balik cerita td... lps tingtong tu..anak2 bertuah ni apa lg dok teropong guna cermin kecik kat pintu tu la..
"mamaa ada atokk laa pakai cermin mata"
sudah.. knp plak atok ni...
so beranikan diri buka la pintu separuh tp ada selak tu kan so x lah buka semua..bila tgk pakcik tu ooo kenal husband makcik ketua block ni... baru buka pintu..
pakcik ni bw satu kotak mcm kotak A4 paper tu..tgn sebelah lg dok tunjuk kat dinding.... saya pun dok la tgk dinding tu sambil dgr apa dia cakap..dlm hati..knp plak dinding rmh ni ngehngehngeh..
lps tu dia tunjuk 3 jari..oooo tkt 3 hahaha
hait je la.. lps tu dia hulur kotak tu..
dgn muka confident haitttt arigatogozaimas haaaaa tragis..dia dah balik..sy dok bebel sorang..kertas A4 apa la plak ni..tp mcm x berat je..
so tunggu husband balik keja malam..
sekali buka..mak aiii cheese tart..
aduhai..baik la pakcik makcik ni bg gift...







Sepanjang hampir dua bln dok jepun ni.. pengalaman saya... mmg nmpk lain skit.Actually.. apa yg sy rasa skrg sama dgn zaman masa sy kecil dulu kat malaysia.... org muda hormat org tua..org tua hargai org muda huhu sedih ingat zaman kanak2 dulu.. mmg happy..... nak pergi tangkap ikan ke..main masak2 dgn kwn ntah mana2 la..tp tak takut mak pun x teruk risau sbb semua kenal each other kut.
Dekat sini...budak2 mmg kalau nampak kita akan ucap selamat...org2 tua pun sama.Tp tak nafikan ada juga pakcik2 makcik2 yg mcm sombong..mungkin sbb kami foreigner kut so rasa mcm ko ni baik ke tak..haa camtu
Tp pernah kami jln2 kat blkg rmh ni..ada sorang pakcik ni tgh tolak basikal..tgk kami sambil senyum2 ..sy senyum balik sambil tunduk hormat kat dia..lastnya dia berenti suruh tunggu bg gula2 tak buka lg kat anak2 kami... alhamdulillah bdk2 ni kalau dpt makanan depa simpan dulu bila kita suruh..sy ambil pakcik tu bg tp x makan kat situ sampai balik rmh.tak nak dia kecik hati..arwah mak(nenek) kata..kalau org bg gula2 ambil tp jgn makan... buang jauh2 dia takut saya kena pukau ke apa masa bljr kat U dulu hehe..
lps tu masa kami naik train org ramai sgt..peak hour masa tu.. ada sorang makcik ni perati kami ...sy senyum kat dia..masa dlm train tu sy peluk kak cik n zara sbb x dpt duduk.. makcik ni sebelah sy...sy buat2 x nmpk boleh?sbb takut dia tegur ahhaha.. dia suka tgk gelagat bdk2 ni kut..lps tu bersungguh dia cari benda dlm handbag..keluar kan gula2 dia kira anak sy 4..dia bg sorang satu...huhuhu... tak tau nak kata apa..
latest..masa sy g kedai depan rmh dgn husband..bdk2 ni tinggal kejap..ada sorang nenek ni umur 80 lalu..sy senyum kat dia..lps tu dia punya sembang la... sampai lapar perut kami 😅😅  esk nya decide nak bg nenek tu rasa masakan malaysia.
nenek ni pun dgn plastiknya dok bg sy skaft.. bg anak2 sy duit brp yen ntah..bg jem ng mangkuk...
terharu plak dgn diaorg ni.
sampai rmh mangkuk tak pakai hehe tak tau baru ke tak..takut kena samak hehe
so kebanyakkan makanan2 yg x boleh makan ni..rezeki jiran sy la heheeh.