Sunday, September 30, 2007

balik kg

this weekend kitaorg satu family balik kg pahang(keratong)looking and have breakfast with my mother in law.arrived around 12pm. esoknya aku g gunting rambut and treatment.... yg syoknya kat sini gunting rambut 4 hinggit jer.... treatment nak tahu brp??? 17 hinggit jer.. tu belum masuk inai lagi.. tapi aku tak buat la lagi baru survey jer.. aku tanya adik tu dia kata inai termasuk cuci 10 hinggit... hushhhh mcm tak caya jer...
aku g gunting rambut kedai lain.. treatment kedai lain sbb kedai gunting tu tak provide treatment.so setiap kedai yg aku pergi aku tanya la dulu..... adik ambil kursus bahagian rambut2 ni ker..nasib baik diaorg kata a'a.. kalau tak jahanam plak rambut aku ni.
masa aku treatment tu... adik ni kira seksi la juga... and rupa2nya kawan sekolah sister in law aku.then aku dgr la diaorg ni sembang... budak tu tanya la adik ipar aku ko belajar lagi ker.. a'a adik ipar aku kata..lps tu budak tu kata.. aaa ko belajar jerlah esok ko dah kahwin ckplah kat anak ko..mak ni tak habis2 belajar jer.. aku plak nnt cakap kat anak aku.... kerja apa lagi ek yg mak belum buat.. sbb dia habis belajar terus kerja...
lps tu dia ckp la.. ko tu pandai.. aku ni bodoh... sbb tu tak sambung belajar... aku kan kelas last...
so masa dia tgh cuci rambut aku dia pun cakap... dia tu pandai kak,saya ni tak aku pun mcm kaunselor ckp la... sama jer... dia kata tak sama kak... cikgu sayang budak2 kelas pandai jer kak.. mcm la budak2 kelas last ni takder perasan nak maju...macam tak der masa depan...
hmmm masa tu aku fikir jap.. betul juga... sbb ada org kata cikgu skrg tak sama mcm cikgu dulu yg berkhidmat betul2 utk bangsa..... ntah la.. tapi aku sempat la cool kan adik tu... aku cakaplah takpa belum tentu org belajar tinggi2 boleh dpt kerja..... kemahiran tu lagi penting.kesian juga kan....
so balik dari gunting rambut tu.... aku pun memulakan aktiviti memasak yg dibantu oleh chef2 terkenal iaitu abg sayang aku la... and mother in law aku....resepi hari ni ialah nasi beriani + ayam masak merah yg aku belajar dari kak izan.... KAK IZAN... resepi kak izan mmg powerrrr muahhh muahhh arigatos....

gambar resepi tak ambil sbb lapar menguasai segala2nya masa tu.

resepi nasi beriani sebenar aku tertinggal kat opis so sku ingat la mcm mana mulut kak izan tu bg tahu.. so aku tak nak tulis resepi tu kat sini dulu..next time.. tapi resepi ayam tu aku note kat bawah

bhn2

1.ayam
2.bawang besar,bawang putih,halia,lengkuas,serai, semua tumbuk atau blend
3.cili boh atau cili kering kisar
4.sos tamato kimball (apa2 pun boleh)
5.garam
6.gula

cara2
goreng ayam no need garam and kunyit
dah masak tos kan and keluar kan minya goren tu skit dari kuali
lps tu tumis bahan blender tadi guna minyak goreng ayam tu
masuk kan cili kisar dah nak garing masukkan sedikit garam dan gula
goreng lagi
lps tu masuk kan sos tomato
last masukkan ayam goreng.
kuantiti tu belasah jer la ikut suka

siap utk makan...

malam tu plak aku buat kan mother in law aku kek gula hangus sbb dia tanya resepi kat aku dan dia suka...
aku mmg dah lupa sbb first time aku buat masa aku from for kut
lps tu tak pernah buat dah sbb aku tak suka
tapi dgn adanya cheff terkenal iaitu bibi aku (mak sedara,org jawa panggil bibi) aku dapat resepi ni muuahhhh bibi... mmg menjadi resepi bibi.. kek tu bergetah bila digoyang2 kan.. dan ada sarang la...

resepi spt dibawah

bhn2
1.7 biji telur
2.2 cawan gula
3.2 cawan air
4. 2 sudu margerin
5.setengah tin susu pekat
6.2 cawan tepung gandum + 2 sudu teh bikarbonat soda ayak kan bersama
7.1 sudu esen vanila

cara2
mula2 gorengkan gula,bila dah cair masukkan 2 cawan air tu kacau lagi sampai cair
telur pukul sampai kembang
dalam bekas lain margerin dgn susu pekat tu dipukul bagi sebati lps tu masukkan esen vanila
lps tu susu yg dah digaul dgn margerin semua tu masukkan dalam telur yg dipukul tadi,then masukkan tepung diselang selikan dgn air gula tadi.
lps t bakar dalam satu jam....
siap..

okeylah... penat dah type..

Friday, September 21, 2007

aliya sophia mengomell

hmm anak dara aku yg sorang ni dah belajar buble... so anything word can come out cthnya kalau aku tgh masak dia nampak piuk nasi bunyi nnt dia sebut "pe tu" mcm real jer bunyi.tapi dia dah boleh la faham kalau aku tanya ...."aliya show mama where is fan" nnt dia tunjuk la kipas syiling tu.. tapi aku rasa kipan diri tu dia tak tahu kut fan sbb aku tak tunjuk heheheh kalau aku tanya "where is nose?"dia pun tonyoh la hidung aku ni... skrng ni tgh belajar hair dgn teeth plak...
teacher dia kata seronok tgk bila dia nak baca doa... org baca doa dia tadah tgn terus amin...sesaat pun tak boleh keluar ayat doa tu sbb dah amin dulu....

kat bawah ni ada video dia dok bubble...

SeLaMat BerPuasa

lamanya tak upload blogs ni.. sejak kerja melambak2 mcm sampah yg berharga..
hari ni hari yang ke9 umat islam berpuasa.. aaaa letih campur seronok...
balik rumah bergegas2 ambil aliya sophia.. lps tu pulun masak. waaaaa mmg ponat eden tapi memuaskan la... lagi sodih la ni washin mesin aku broke couse of overload current hari tu.. aaaaaaaaaaa sungguh tension.aku mmg spt wanita melayu terakhir yang duduk di tepi sungai yg tiada buaya sambil membasuh baju guna tangan.sakit segala tulang2 aku ni... sampai luka2 jari2 aku ni.... jari jari ku sakit sekali kerna membasuh segala baju.(nyanyi skit).
hari ni aku balik lambat sbb hubby bawa keta so kena tunggu dia balik ambil aku... maybe around 6.15 baru dia sampai opis aku ni kalau jem tak teruk la......
so hari ni tak tahu sempat masak ke tak... kalau tak sempat eden singgah kodai jer ler...tp aku planning hari ni nak masak bawal sweet sour....

esok punya menu tomyam + telur bungkus + kuih cara + air longan kering + lauk yg akan dibawa oleh makcik aku.esok cam kenduri skitla rumah aku kut sbb moksu and family dari melaka,makcik and family dari usj + adik ipar aku dari utm nak dtg
so kenduri sakan la.... rumah aku yg takder apa tu..

okey aa nnt sambung lagi....