Tuesday, December 06, 2016

Life in Japan part 2

Assalamualaikum n ohaiyogozaimasu..

Pagi ni Aliya(ariya nama jepun dia 😊 ) first time pergi rombongan sekolah.
As usual hati mama dia ni mmg serabut la bila anak2 nak pergi rombongan ni.
Tp kalau tak pergi mcm mana pula dia nak campur dgn kawan2 so dgn berharap sepenuh hati kat Allah agar jaga dia saya pun benarkan la dia join rombongan tu.Papa dia pun mcm biasa relax je heheh papa dia kata kakak kena join mcm papa dulu la... masa bljr dulu papa sorang je org islam so papa ikut je kwn2 jepun ni.lama2 kita faham la.jadi saya pun positifkan diri lagi bg dia ikut rombongan tu.
Rombongan pergi pusat sains,sbb tu juga la mama dia ni bagi dia pergi.
Semoga Allah lindungi anak mama pergi rombongan tu ya.
On the way jumpa sensei pagi tadi ternampak ada sorang perempuan tgh sapu daun2 luruh dkt luar sekolah.Saya tahu dah sapa sbb smlm saya nampak 3 org sapu sampah dua org perempuan sorang lelaki.
Cuba teka sapa?😊
Yg baju putih depan zara tu?
haa tu la Guru Besar sekolah hanamigawa.😊. Semalam 3 org tu.. sorang guru besar,sorang penolong kanan,sorang lagi sensei bahagian kesihatan.

Semalam actually saya bawa kakak (officemate,kakak geng carpool n kakak yg pernah tlg sy mintakan kat boss sy suruh sy keja dkt cyberjaya kejap memandangkan sy tgh sarat nak bersalin...kalau tak kehulu kehilir drive g kl tu hari2.terima kasih kakak heheh.) g jln depan sekolah.
so masa otw tu kak niezan ni pun nmpk la sensei2 ni mengemas... saya cakap nampak tak kak niezan bezanya...
kak niezan kata patutlaaa dah guru besar pun buat keja apatah lagi anak murid kena lap lantai..sapu sampah..

Semalam seronok sgt bila kakak ni dtg rmh..haha punya lawak masa dia sampai sy rasa mcm nak nangis sbb happy.bila dia nak.balik pun nak nangis juga.. ntah apa2 la kan..tp sbb rindu kat semua keluarga dan sahabat kat malaysia tu yg jadi lagu tu hahaha.

sambung balik cerita aliya pergi rombongan.
sensei dah list ka semua barang yang kena bawa termasuk makanan.
so pagi tadi masa jumpa pen.guru besar tanya tmpt solat..sensei minta maaf sgt dia terlupa.
then masa tunggu kakak naik bas..actually takde parents lain yang hantar..kami je..(ingat anak hang sek.tadika ke htr haha tp sbb dah biasa camtu) then penolong guru besar jumpa kami..dia kata ada dah tmpt solat nnt.alhamdulillah..harap2 kak aliya istiqomah dlm menunaikan tanggungjawab aminn..
Yg saya pesan kakak baca ayat qursi baca wajaalna...(ayat dlm surah yassin tu) 
kalau rasa x sedap hati baca byk2 tau.tu je yg mama mampun pesan selain doa mama.

Semoga perjalanan anak mama g romb. dan perjalanan papa ke office dan kita semua dilindungi Allah swt.

hari ni bersepah2 cerita hahahah.semua nak sumbat.

ok byee 


Thursday, November 17, 2016

Sekolah di Japan Part 5

Assalamualaikum n konbanwa...

Hari ni kami kena kesekolah untuk bawa kakcik buat medical checkup.

Jom cerita pasal sekolah lagi.
Dekat japan rupanya setiap anak2 sekolah dikehendaki buat medical checkup...mcm org nak masuk u pulak kan 😆 tp x payah bayar.
Tp ini menunjukkan betapa depa ni mmg ambil berat sgt tentang kesihatan.

Bulan lepas kami bawa aliya n zara ke pusat kesihatan.tmpt ni tak mcm klinik atau hospital.mcm bangunan pejabat tp mmg bahagian xtray semua dkt situ.
Tmpt tu takde wad mcm hospital n tak ramai org.tp x tahu panggil apa hehe.

Masa tunggu angka giliran.. ni pun nak cerita... kata japan negara maju kan..tp majoriti tmpt sy pergi mmg takde angka giliran electronic tu.. semua dok panggil manually..
Jenuh dok fikir knp...so sy buat conclusion maybe jepun ni tak suka membazir letrik ke benda2 yg kecil.tapi seriuosly depa x suka membazir letrik ke air ke.
paip air dkt sekolah pun jenis paip air yg tadah baru keluar air tu.
Lps no di panggil kami keatas utk buat xtray.tmptnya sgt la bersih.dia sediakan 1 bilik ada 6 cubical berlangsir utk salin pakaian dan tmpt letak brg.depan tu terus bilik x tray. lps habis xtray kena turun balik jumpa doktor.

Ok.. dekat sini saya cerita pengalaman pertama saya jumpa doktor di luar negara...dan di negara matahari terbit ni.
Masa jumpa doktor ofcourse cakap nihongo jadi en suami je la layan.Doktor ni doktor perempuan.Mula2 dia tanya ada anak2 kerap batuk..ada penyakit tb tak ada pening ke tak.selingan lg...masa isi form kesihatan di sekolah mmg detaillllll sgt hahah.
Dlm borang tu ada soalan antrnya:-
1.Kerap pening ke tak
2.Kerap lelah ke tak
3.Selalu sakit perut tak
4.mata rabun ke tak
5. tidur berdengkur ke tak
6.bentuk gigi ikut susunan ke tak

haaa mmg terkedu tgk soalan.tu antaranya je..byk lagi.

so sambung kisah jumpa doktor.Lps doktor tanya soalan2 tiba pula masa doktor nak check dada... jadinya kena la singkap tudung skit kan..
Apa yg sy terkejut sgt..... Doktor tu cakap kat husband saya.. "en pandang belakang ya.pandang dinding tu..kalau sy tanya en tolong bg tahu anak2.
Sbb anak2.ni perempuan jadinya org lelaki tak boleh tgk."😰 Sungguh saya respect sgt.ke mmg mcm tu kat tmpt lain pun dan saya je baru jumpa mcm ni.
Doktor tu mcm menghormati privasi perempuan walaupun anak sendiri.
Sbb saya faham ada anak perempuan bila dah besar sedikit dia dah mula rasa malu walau dgn bapanya.jadi bila doktor buat mcm tu mcm melindungi rasa malu tu.
Husband pun mula2 terkejut tp lps tu dia kata..doktor pun jaga aurat perempuan kan 😆.
Bila dah settle dpt result alhamdulillah anak2 sihat.

Kisah kak cik pula... hari ni selain dr buat medical checkup ada taklimat juga dgn ibu bapa tentang kemasukan darjah satu bulan 4 thn hadapan.
Bila saya join sekali taklimat yang hanya dibuat dalam library tu..terasa kesian dgn cikgu2 kat negara kita.
Cuba tgk berapa byk sgt la ibu bapa yang hadir untuk darjah satu tahun hadapan.
Sbb tu saya rasa kenapa sekolah2 di japan depa boleh buat sistem pendidikan yang bagus.Boleh ambil berat pada anak2.murid.
Buat masa ni cuma ada 1 kelas sahaja untuk setiap darjah..jumlah murid dlm 20 lebih je.dan mungkin tahun hadapan akan tambah jadi dua kelas memandangkan ada sekolah yg. nak ditutup tak tahu sebab apa jadi akan pindah sekolah ni.
Kalau dekat Malaysia... sekolah anak saya pagi ptg setiap darjah ada 10 buah kelas.
satu kelas dkt 40 lebih anak murid.
Kesian kat cikgu2 kesian juga kat anak murid.
Mcm mana la nak handle kan.. lg2 sekarang ni dok baca byk betul ibu bapa yang nak bg keselesaan terlampau pada anak2 agar boleh jadi raja dalam sekolah.hmm saya terbaca anak2 adalah pelanggan jadi gurunya apa?
Teringat masa lps SPM family suruh sy masuk maktab jadi cikgu..saya mmg berkeras tak mahu sbb apa?
Sbb saya kata tugas cikgu bukan nak didik ilmu dunia je...tp ilmu akhirat sekali.
Saya tak berani nak pikul tanggungjawab tu masa itu.
Kalau dah anak2 dikatakan pelanggan di sekolah..patutla guru2 tak dihormati.
sedih sgt bila ingat balik zaman sy sekolah selalu dgr pesanan.. doa ibu bapa adalah penting.doa kedua penting adalah doa guru2 .bila nak exam mmg minta maaf kat ibu bapa dan cikgu.
tp skrg mcm terbalik je.
Kalau ibu bapa tak mampu nak membelek anak selalu..bglah kepercayaan kat guru tp jgnla serah bulat2 sbb anak tu anak kita juga.selagi cikgu tak buat sesuatu yang memudaratkan pada anak2 nasihatkan la semula anak2 kita tu bukan hanya melepas batuk ditagga dan sentiasa setuju je dgn pandangan anak2.

Anak2 sy mungkin dizinkan  Allah utk merasai cara pendidikan di negara org.Hari pertama persekolahan depa mmg dah disuruh lap lantai guna kain dan ada yang kena sapu sampah.
mereka ada waktu yg diajar oleh guru untuk bercucuk tanam.
Cara2 untuk buang sampah dan ada yg sy tgk di notice board ada sesi yg pekerja2 pembuangan sampah dtg dgn lori tunjuk cara kerja2 depa kerja.so anak2 akan lebih hargai.
Agak2 kalau kat malaysia mahu hari2 kena saman sekolah buat anak mcm ni.
Tp kena positif.. kalau tak depa belajar buat semua ni dan ditakdirkan hidup mereka tak sesenang ibu bapa mereka masa skrg..mcm mana mereka nak.berdikari.Jgn nnt sentiasa mengharap ibu bapa sampai tua la ibu bapa tu.
Mendidik anak bukan mudah..sebab mereka amanah yang Allah bg utk kita jaga didunia..dan mengharapkan agar jd harta kita bila kita tiada.
ehhh dah melalut plak kan..sbb hari ni terbaca kisah ibu bapa marah cikgu la ni.
gomennasaiiiii.
ok la nnt cerita lg..






Wednesday, November 02, 2016

Japan life Part 1

Assalamualaikum..
Lama dah tak menaip kat blog..kesibukan melanda hehe

Hari ni nak citer life kat japan plak..
Dua hari lps ada org tingtong rumah lps isyaq..dlm hati ada dua je.. org dtg nak suruh bdk2 ni jgn bising ke or org nak htr makanan...dua2 tak nak huhuhu...
Org jepun ni mcm kita zaman2 80an dulu ..pakcik2 nmpk bdk kecik nnt bg duit 50 sen ke.. x takut masa tu.... sebab rasa selamat je..naik basikal kat kampung setiap kali jumpa pakcik makcik mesti tegur..tu pesan arwah abah(atok)..kdg2 kalau naik basikal tak takut pun nak tumpang kan makcik2 htr sampai rmh..sbb x de kes kidnap masa tu...
ok sambung balik cerita td... lps tingtong tu..anak2 bertuah ni apa lg dok teropong guna cermin kecik kat pintu tu la..
"mamaa ada atokk laa pakai cermin mata"
sudah.. knp plak atok ni...
so beranikan diri buka la pintu separuh tp ada selak tu kan so x lah buka semua..bila tgk pakcik tu ooo kenal husband makcik ketua block ni... baru buka pintu..
pakcik ni bw satu kotak mcm kotak A4 paper tu..tgn sebelah lg dok tunjuk kat dinding.... saya pun dok la tgk dinding tu sambil dgr apa dia cakap..dlm hati..knp plak dinding rmh ni ngehngehngeh..
lps tu dia tunjuk 3 jari..oooo tkt 3 hahaha
hait je la.. lps tu dia hulur kotak tu..
dgn muka confident haitttt arigatogozaimas haaaaa tragis..dia dah balik..sy dok bebel sorang..kertas A4 apa la plak ni..tp mcm x berat je..
so tunggu husband balik keja malam..
sekali buka..mak aiii cheese tart..
aduhai..baik la pakcik makcik ni bg gift...







Sepanjang hampir dua bln dok jepun ni.. pengalaman saya... mmg nmpk lain skit.Actually.. apa yg sy rasa skrg sama dgn zaman masa sy kecil dulu kat malaysia.... org muda hormat org tua..org tua hargai org muda huhu sedih ingat zaman kanak2 dulu.. mmg happy..... nak pergi tangkap ikan ke..main masak2 dgn kwn ntah mana2 la..tp tak takut mak pun x teruk risau sbb semua kenal each other kut.
Dekat sini...budak2 mmg kalau nampak kita akan ucap selamat...org2 tua pun sama.Tp tak nafikan ada juga pakcik2 makcik2 yg mcm sombong..mungkin sbb kami foreigner kut so rasa mcm ko ni baik ke tak..haa camtu
Tp pernah kami jln2 kat blkg rmh ni..ada sorang pakcik ni tgh tolak basikal..tgk kami sambil senyum2 ..sy senyum balik sambil tunduk hormat kat dia..lastnya dia berenti suruh tunggu bg gula2 tak buka lg kat anak2 kami... alhamdulillah bdk2 ni kalau dpt makanan depa simpan dulu bila kita suruh..sy ambil pakcik tu bg tp x makan kat situ sampai balik rmh.tak nak dia kecik hati..arwah mak(nenek) kata..kalau org bg gula2 ambil tp jgn makan... buang jauh2 dia takut saya kena pukau ke apa masa bljr kat U dulu hehe..
lps tu masa kami naik train org ramai sgt..peak hour masa tu.. ada sorang makcik ni perati kami ...sy senyum kat dia..masa dlm train tu sy peluk kak cik n zara sbb x dpt duduk.. makcik ni sebelah sy...sy buat2 x nmpk boleh?sbb takut dia tegur ahhaha.. dia suka tgk gelagat bdk2 ni kut..lps tu bersungguh dia cari benda dlm handbag..keluar kan gula2 dia kira anak sy 4..dia bg sorang satu...huhuhu... tak tau nak kata apa..
latest..masa sy g kedai depan rmh dgn husband..bdk2 ni tinggal kejap..ada sorang nenek ni umur 80 lalu..sy senyum kat dia..lps tu dia punya sembang la... sampai lapar perut kami 😅😅  esk nya decide nak bg nenek tu rasa masakan malaysia.
nenek ni pun dgn plastiknya dok bg sy skaft.. bg anak2 sy duit brp yen ntah..bg jem ng mangkuk...
terharu plak dgn diaorg ni.
sampai rmh mangkuk tak pakai hehe tak tau baru ke tak..takut kena samak hehe
so kebanyakkan makanan2 yg x boleh makan ni..rezeki jiran sy la heheeh.




Thursday, October 13, 2016

Assalamualaikum
Lamanya dah tak menaip memandangkan bz urus https://www.facebook.com/JapanShopTokyo/

Dah nak dekat sebulan dok sini... anak2 pun nmpknya dok nyanyi keluar lg jepun hahaha.. ntah apa la dia nyanyi..tp yg bangganya nnt mesti tiba2 dia nyanyi lagu jalur gemilang.... jgn lupaa negara tercinta tu...

Last week hari khamis tgh dok duduk dgn Khaira n Aydeen tgk jam dah 2.44 lg seminit Zara nak balik.
Sekolah sini balik tak sama waktu hari2.drjh 123 balik lg awal dr 456.
Tiba2 ada org ting tong pintu rmh..g jengah tgk kak ngah bg salam..ehh dah balik rmh sendirii.
so start dari hari tu depan ni pergi n balik sekolah sendiri je la...

Pergi sekolah dengan beg baru yg sekolah2 kat jepun ni kena pakai... beli dekat link atas td.
Semoga anak2 ni dilindungi selalu dan dipermudahkan urusan cemerlang dunia akhirat.
Saya selalu dok pesan kat depa ni Mama x minta apa2 sgt.cukup awk jaga solat,jaga aurat n belajar rajin2.
Jaga anak2 yang makin membesar mmg mencabar..lagi2 duduk negara org ni.mama ni la kena jadi cikgu agama..mmg kena jadi supermum la...on the same time mama belajar balik apa yg dah tinggal tu.huhuhu.

Kalau malam2 kadang2 sy cari aktiviti tgk cerita2 mengenai rasulullah..sahabat2 bg diaorg tgk sambil sy cerita.
Kalau ada yg baca blog ni tahu mana2 link ada share cerita2 arab masa zaman2 80an dulu tu..ada kisah rasulullah..share la dgn saya ya.

Thursday, September 22, 2016

Sekolah di japan part 4

Assalamualaikum n konbanwa...
Pagi td sybikut husband htr anak2 pergi sekolah sbb alang2 khaira n aydeen bangun awal saja nak jln2...cuaca sejukk dan nyamannnyaa...heheh
sampai di gate no 3 tmpt keluar masuk student drjh 4 hingga 6 tgk ada sorang pakcik jaga lalu lintas anak2 dan dua org sensei.Keluar simpang rmh saya ada2 org pakcik jaga lalu lintas juga.
Mula2 kita cerita pasal pakcik jaga lalu lintas ni.Sepanjang anak2 sy sekolah..saya perasan ada dkt 4 org pakcik2 yg jaga lalu lintas anak2.2 org depan nak masuk rumah saya.sorang depan sekolah sorang lagi opposite jalan.Maksudnya...pakcik depan sekolah akan lintaskan anak2 masa lampu lintas hijau...dan pakcik sebelah opposite tu akan sambut anak2.
2 org pakcik depan simpang masuk rumah kami pulak utk lintas nak kerumah je...kut2 ada keta nak masuk kesimpang rumah...
itu baru area gate pertama dari rumah sy..sy tak tgk di gate no 1 utk anak2 drjh 1-3 keluar.Main gate utk kereta guru2 atau pekerja sahaja keluar...mmg teratur...takkan jadi mcm berterabur bdk2 sepah2 kemana cikgu pun x ssh nak keluar masuk.

Citer sensei pulak..
dua org sensei yg jaga dkt gate no 3 tu sorang saya kenal..sensei arai namanya..dua2 tu tak berenti ucap ohaiyogozaimas... kat murid2 n kat kami yg hantar anak ni...actually takde org lain pun htr anak ok...kitaorg je hahaha nmpk tak perasaan x berani nak lps anak2 g sendiri tu masih ada heheh..
Lps tu tanya husband..sapa sensei sorang lg tu..husband kata tu la guru besar....
erkk guru besar dok depan gate sek ucap ohaiyogozaima kat murid2?? terkejut eden...guru besar sek anak sy dulu sy jumpa masa anak masuk drjh 1 je.penat ni dok fikir..apsal pengetua rajin betul dok pagi2 depan tu..patutla masa mula2 masuk sek.carikan surau penolong guru besar yg entertain kami..rupanya guru besar pun ucap selamat kat murid2 pg2..

ok sy fikir mayb sbb student x ramai..so x lama dia nak diri kut kat situ heheh.

sampai kat gate tmpt zara kwn dia dah tunggu dah heheh
.nama dia x tahu..mcm mana dia comunicate pun x tahu 😂.. selalu yg tlg tulis dia kata kawan brazil dia tu..nama pun x tahu..


Balik dr htr aliya n zara kami g kedai.. jln2 pagi2 ni mcm best je...dpt record buterfly tgh hisap madu hahah...kat malaysia x pernah sempat record.

lps tu dpt plak ambil gmbr bunga ni...apsal kat sini cantik plak ambil gmbr ni😂😂


Wednesday, September 21, 2016

assalamualaikum n ohaiyogozaimas...

Nak cerita pasal semalam...hari ahad zara dah bg tahu..mama esk kita nak pergi sekolah awal tau..
Esoknya pagi2 mama dah masakkan spagetti..masukkan dlm bekas masing2.
diaorg ada kasut sek.baru mmg khas kat jepun pakai kat dlm sekolah.Tp kat luar pun boleh pakai sbb tapak mmg grab dan nmpk selesa x panas..nama kasut tu uwabaki..
kalau ada nak beli boleh ke
https://www.facebook.com/JapanShopTokyo/     harga kat sini rm 75.00 termasuk pos.kat page lain harga 99.00
haha promote jap.



mengikut kata aliya n zara selesa..
hmm yerla sbb ni mmg made in japan..kita pun tahu japan mmg teknology n research bagus kan.
Kasut ni ada warna putih semua tapi kat sini x kisah pakai warna warni pun.

Ok sambung cerita... dah siap2 breakfast papa diaorg htr g sekolah.saya pun kemas rmh ...tiba2 dgr suara zara bg salam..dlm hati laa tinggal brg ke.

Bila tgk dia.. dia terus kata sek.gelap ma...
hehehe cuti rupanya..haha kesian anak mama xcited nak g sek.cuti plak.
Bila husband msg officemate rupanya hari ni cuti..CUTI UMUR..... pun boleh...nnt nak tanya sensei google apa disebalik cuti umur tu.. kdg2 terfikir juga...malaysia kita ada cuti2 peristiwa mengingati byk mcm sejarah2 agama2 ..maulidulrasul..nuzul quran..diaorg ni takde...so mmg appriciate mana ada je la..rindu cuti malaysia..

Saturday, September 17, 2016

Assalamualaikum n konbanwa

Hari ni sambung lagi cerita pasal sek.jepun
Sekolah Aliya n Zara ni 3 tkt .dan satu bangunan je utk kelas.
Setiap darjah cuma ada satu kelas je.satu kelas pun ada dlm 20 lebih murid.knp?sbb byk sekolah kat kwsn sini kata husband.
Mmg jauh beza dgn kelas mereka.masa di malaysia.aliya dulu ada 10 buah kelas.satu kelas ada 40 lebih student..mmg jenuh nak fight utk masuk kelas no 123...sama juga mcm zara.
Jom tgk apa ada dkt sekolah sini.

   Lift ni mula2 tgk peliknya..rendah sgt....emergency lift ke 😂... bila fikir balik..oo baru teringat pernah tgk satu video kat youtube pasal sek.kat jepun.Rupanya ni lift htr semua makanan yg dimasak kat bwh..yg kita tgk tmpt masak yg bersih post sblm ni kan.so dr bwh tu terus htr kat atas n wakil kelas akan ambil bawa ke kelas masing2...senangkan..bdk2 tak payah nak merayau2..takde jualan2 luar sekolah atau jualan2 yg selalu anak2 kita sibuk dok perabih duit beli jajan la...ntah mcm2 la balik sekolah tu diaorg bw...anak2 sy la masa sek.kat malaysia dulu.huhu..skrg ni diaorg semua x bw duit belanja pergi sekolah  ðŸ˜‚😂 happy mama diaorg kihkihkih....hari2 kena bawa bekal..dulu kalau bw bekal pun duit belanja still kena bawa.


Ok next..
Ni lift betul....fikir lagi...bangunan 3 tkt je...kelas semua kat tkt 2.tkt 3 utk kelas music..nak naik lift juga ke bdk2 ni....

Lps tu belek2 lg..tepi tu ada tulisan brail...
Then nmpk ada bdk sekolah yg naik wheelchair..ooo lift ni khas utk bdk2 yg kurang upaya rupanya..

Bagus betul diaorg dok fikir camtu kan.


Kat sekolah ni ada sweeming pool utk kokurikulum tp dah habis season ni sbb dah nak masuk autum..beku plak kang bdk2 tu sweeming hehehe.Kokurikulum diaorg ada sweeming n music tp dua2 kena buat.
Zara sophia first day dah masuk kelas piano...huaaa mama xcited lebih...

 Ok..kat bawah ni dewan diaorg..hmm dewan ni utk sport mcm basketball.. gimnastik.. dll.

Salah satu peralatan gymnastik depa huhu..


Ok nnt sambung lg...nak melayan anak2 bertuah ni plak...hehe..



Friday, September 16, 2016

Sambung cerita pasal sek.
Masa sampai ke sekolah..mmg sgt lainnn attitude dari guru..pekerja...student sendiri.
Sepanjang jalan kalau jumpa tak berenti bg hormat..oyasuminasai.....x kira kat sapa.
Hmm sedih bila ingat zaman sy sekolah dulu cikgu pun selalu pesan untuk bg salam kat semua org.
Peramah diaorg ni tak kira kita faham ke tak bahasa depa ni diaorg still nak juga sembang.

Masa tunggu depan kelas zara... ada sorang student diri depan sy.dok peratiii je muka saya lps tu dia cakap..
Okasan sugoi... (hah..apa bdk ni kata aku ni...sengih angguk je la)
Tanya kat husband...apa maksudnya..
Maksudnya acik ni bagus...
Kembang sat acik hahah tp.... dia boleh appriciate kita mcm tu...

Saya jumpa dgn sorang sensei ni..nama arai sensei..dia bawa jumpa tempat kantin sekolah.
Satu lg sy admire.td admire dgn keramahan depa.
Kebersihan kantin dia x tahu nak habaq mana..
Baju biru tu sensei arai..tugasnya bahagian kesihatan.yg baju putih tu salah sorang staff kantin....tgh prepair masakan..dia punya bersih..hmm mmg bersih la..
Anak2 saya x makan masakan diaorg.cuma setiap bento yg kita bawa kena letak kat kantin.



Admire yg ke 3.
Sebelum anak2 start sekolah.dkt jepun ni..bg tahu jela mcm mana kita nak.in shaa allah diaorg akan usahakan.
So lps discuss dgn husband..husband pun bg tahu sensei penolong kanan nama dia kondo.
1.Anak2 kami kena pakai tudung
2.Anak2 kami kena solat..boleh tak kami dptkan tempat solat..kecik pun x apa.
3.pergaulan lelaki perempuan untuk anak2 kami mcm pegang2 tangan tu kalau boleh tak nak terjadi.
4.Anak2 kami tak makan makanan kat kantin kerana  kami x makan pork ,ayam daging untuk org islam ada cara penyembelihan nya sendiri.seafood dan lain2 pun x boleh sbb penggunaan minyak.
So kesimpulannya kami bw bento yg dimasak oleh cheff mama sendiri huhuhu..

Lps berapa minggu..sblm sy dan anak2 sampai jepun sensei kondo call husband..
Dia kata.. no 1,2,4 dia boleh tunaikan.
Cuma no 3 je..dia tak berani nak comfirmkan.sbb kadang2 bdk2 lelaki ni bergurau tak ingat dok sentuh tgn ke bahu ke bdk perempuan.tp dia dah bgbtahu student.cuma dia risau kami x boleb terima.
Kalau kami rasa nak cari sek lain pun x pa.
Jadi en husband kata takpa..saya try dulu.sbb kalau tak try..tak tahu.
Kalau anak2 rasa mcm pressure kami akan fikir cara lain.

So saya pesan dkt anak2.Aliya,zara,khaira...kita bukan duduk di negara islam.bg diaorg sentuh2 tak jadi masalah.tp kita tak boleh mcm tu.sbb diaorg tak tahu dosa ke tak benda2 tu.jadi..mama pesan awak semua jaga diri baik2..jaga aurat... jgn sampai org pegang2 awak.kalau x sengaja lain la.Awk jgn susah hati sgt.selagi awak ada mama n papa...awak sentiasa ada dlm doa mama papa...mama doa sentiasa Allah lindungi awak semua dan mudahkan urusan awak semua.

Dulu kat Malaysia pun sama pesan anak jaga diri...sama juga kat jepun..jadi ibu zaman skrg mmg mencabar.

Semalam anak2 start sekolah.sy first time jumpa sensei kondo..dan sensei arai (bahagian kesihatan) sentiasa senyum..sensei kondo bw ke kelas anak2 jumpa guru kelas.
Setiap kelas cuma ada sorang guru je yang ajar semua subject.tak byk mana pun subject..
Lps sembang2 dgn guru kelas..sensei kondo panggil kami... dia tunjuk ni dia sediakan tmpt solat. Kat dewan atas tkt 3 tmpt bdk2 buat pj sementara padang tgh renovate.


Luas kan tempat dia dlm gmbr atas tu...kami tunjuk kat aliya n zara arah kiblat.Arah kiblat tu mengadap pintu org lalu lalang..cuma tak la dkt sbb kwsn luas.
Sensei kondo perati je..dr kami tunjuk arah kiblat n cara sy tunjuk kat anak2 mcm mana nak ambil wudhuk basuh kaki sbb tak boleh basah lantai.
 Alhamdulillah ada tmpt solat.
Dah settle kami pergi semula kelas anak2.Tiba2 sensei kondo panggil kami balik...dia cakap apa sy tak faham la..husband je faham..dia bawa kami kat ke satu lagi tempat...mcm dewan jg.tp kecik sikit.dalam tu ada lagi satu bilik.still bersih.
Tahu dia nak buat apa?
Dia suruh anak2 solat.dkt situ....saya terharu sgt2.so that masa anak2 solat.takde org lalu lalang depan depa.n depa pun x rasa segan ke apa..huaargg serius bersyukur sgt kat Allah kerana mudahlan urusan kami melalui sensei2 tu.

 Bilik atas ni tmpt baru solat anak2 kami kiblat mengadap penjuru dinding.sensei siap alihkan meja.


Luar bilik dewan tu ada sinki..mmg senang anak2 nak ambil wudhuk.

Bila settle semua kami balik rmh.Ptg tu lps aliya n zara balik sekolah..sy nmpk aliya stress sbb dia x faham lg.zara happy je.
Sy tanya mcm mana solat.
Diaorg pun cerita.pukul 1 sensei aliya panggil n  bw aliya jumpa zara n sensei zara pun ikut bw diaorg pergi solat.sensei aliya tanya aliya...dgn guna bahasa isyarat mcm solat lps tu dia sebut Allah.aliya angguk je.Aliya kata sensei tanya kut kita sembah Allah ke.

Saya doa sangat2 semoga Allah mudahkan urusan kami melaksanakan rukun islam dan rukun iman kami di sini..semoga kami semua istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah.Aminn ya rabbal allamin..



Thursday, September 15, 2016

Assalamualaikum n konbanwa....
Hari ni byk sgt nak cerita sbb first day aliya n zara sekolah.
Pagi2 kalut dok whatsapp kwn..adik..nak tanya pasal vaksin..bkn sbb sy x bg vaksin kat anak2 tp sbb buku vaksin tertinggal kat malaysia..(senang hati je kan semua tinggal)
So pagi2 masak kan bekal diaorg..nasi goreng pataya,karipap n buah oren.
Masa nak turun ke sekolah..hujan renyai..so aliya zara aydeen n papa pergi dulu.
Sek start pukul 8 dlm pukul 9 saya pergi dgn khaira..bermula la sesi bertanya hahah nasib baik ada translator aka husband kihkih..
                Environment dlm sekolah
 Luar sekolah

 Mula2 cari zara sophia..eh mana dia...
 Tadaaaa ditutupi oleh kwn2 rupanya hahaha

Dia ni mmg senang berkawan..sebelah dia tu kwn dr Brazil.
Melukis je la dulu
 Lps tu cari kak long pulak..kak long x byk gmbr sbb kelas dah start...

Zara bersama kawan2 dr jepun,brazil n peru

Assalamualaikum n konbanwa....
Hari ni byk sgt nak cerita sbb first day aliya n zara sekolah.
Pagi2 kalut dok whatsapp kwn..adik..nak tanya pasal vaksin..bkn sbb sy x bg vaksin kat anak2 tp sbb buku vaksin tertinggal kat malaysia..(senang hati je kan semua tinggal)
So pagi2 masak kan bekal diaorg..nasi goreng pataya,karipap n buah oren.
Masa nak turun ke sekolah..hujan renyai..so aliya zara aydeen n papa pergi dulu.
Sek start pukul 8 dlm pukul 9 saya pergi dgn khaira..bermula la sesi bertanya hahah nasib baik ada translator aka husband kihkih..
                Environment dlm sekolah
 Luar sekolah

 Mula2 cari zara sophia..eh mana dia...
 Tadaaaa ditutupi oleh kwn2 rupanya hahaha

Dia ni mmg senang berkawan..sebelah dia tu kwn dr Brazil.
Melukis je la dulu
 Lps tu cari kak long pulak..kak long x byk gmbr sbb kelas dah start...

Zara bersama kawan2 dr jepun,brazil n peru

Assalamualaikum n konbanwa....
Hari ni byk sgt nak cerita sbb first day aliya n zara sekolah.
Pagi2 kalut dok whatsapp kwn..adik..nak tanya pasal vaksin..bkn sbb sy x bg vaksin kat anak2 tp sbb buku vaksin tertinggal kat malaysia..(senang hati je kan semua tinggal)
So pagi2 masak kan bekal diaorg..nasi goreng pataya,karipap n buah oren.
Masa nak turun ke sekolah..hujan renyai..so aliya zara aydeen n papa pergi dulu.
Sek start pukul 8 dlm pukul 9 saya pergi dgn khaira..bermula la sesi bertanya hahah nasib baik ada translator aka husband kihkih..
                Environment dlm sekolah
 Luar sekolah

 Mula2 cari zara sophia..eh mana dia...
 Tadaaaa ditutupi oleh kwn2 rupanya hahaha

Dia ni mmg senang berkawan..sebelah dia tu kwn dr Brazil.
Melukis je la dulu
 Lps tu cari kak long pulak..kak long x byk gmbr sbb kelas dah start...

Zara bersama kawan2 dr jepun,brazil n peru

Wednesday, September 14, 2016

Rajin plak update skrg ni hahah dok rmh la katakan..
Ptg tadi berdebar2 bila loceng rmh bunyi..alamak nak buka ke tak..g intai tgk posmen perempuan.buka pintu..dia pun dgn peramah tunjuk surat suruh check.... eden pun hait hait jo hahaha check satu2 nama ada..ok..arigatooo..lega hahaha...

La ni berdebar plak nak tunggu esk aliya n zara sophia start sekolah..aduhai risaunya rasa...doa sgt2 semoga Allah permudahkan urusan depa kat sekolah..semoga semua kwn2 dan guru boleh terima mereka dan jauhkan mereka dr perkara2 yang tak di ingini.Mlm2 ni saya dah prepair karipap utk diaorg esk.buat lebih masak skit utk mlm n frozen utk esok....anak2 kata sedap..alhamdulillah..semoga Allah mudahkan segala urusan esk dan seterusnya amiinnn

Proses buat karipap..nmpk tak mug tu...tu penggelek heheh memandangkan takde penggelek tu.

Tadaaa siap dah..

Sambil tunggu mama masak..tgk diaorg dok jemaah..alhamdulillah..semoga istiqamah sampai bila2.mama cuti huhu