Sambung cerita pasal sek.
Masa sampai ke sekolah..mmg sgt lainnn attitude dari guru..pekerja...student sendiri.
Sepanjang jalan kalau jumpa tak berenti bg hormat..oyasuminasai.....x kira kat sapa.
Hmm sedih bila ingat zaman sy sekolah dulu cikgu pun selalu pesan untuk bg salam kat semua org.
Peramah diaorg ni tak kira kita faham ke tak bahasa depa ni diaorg still nak juga sembang.
Masa tunggu depan kelas zara... ada sorang student diri depan sy.dok peratiii je muka saya lps tu dia cakap..
Okasan sugoi... (hah..apa bdk ni kata aku ni...sengih angguk je la)
Tanya kat husband...apa maksudnya..
Maksudnya acik ni bagus...
Kembang sat acik hahah tp.... dia boleh appriciate kita mcm tu...
Saya jumpa dgn sorang sensei ni..nama arai sensei..dia bawa jumpa tempat kantin sekolah.
Satu lg sy admire.td admire dgn keramahan depa.
Kebersihan kantin dia x tahu nak habaq mana..
Baju biru tu sensei arai..tugasnya bahagian kesihatan.yg baju putih tu salah sorang staff kantin....tgh prepair masakan..dia punya bersih..hmm mmg bersih la..
Anak2 saya x makan masakan diaorg.cuma setiap bento yg kita bawa kena letak kat kantin.

Admire yg ke 3.
Sebelum anak2 start sekolah.dkt jepun ni..bg tahu jela mcm mana kita nak.in shaa allah diaorg akan usahakan.
So lps discuss dgn husband..husband pun bg tahu sensei penolong kanan nama dia kondo.
1.Anak2 kami kena pakai tudung
2.Anak2 kami kena solat..boleh tak kami dptkan tempat solat..kecik pun x apa.
3.pergaulan lelaki perempuan untuk anak2 kami mcm pegang2 tangan tu kalau boleh tak nak terjadi.
4.Anak2 kami tak makan makanan kat kantin kerana kami x makan pork ,ayam daging untuk org islam ada cara penyembelihan nya sendiri.seafood dan lain2 pun x boleh sbb penggunaan minyak.
So kesimpulannya kami bw bento yg dimasak oleh cheff mama sendiri huhuhu..
Lps berapa minggu..sblm sy dan anak2 sampai jepun sensei kondo call husband..
Dia kata.. no 1,2,4 dia boleh tunaikan.
Cuma no 3 je..dia tak berani nak comfirmkan.sbb kadang2 bdk2 lelaki ni bergurau tak ingat dok sentuh tgn ke bahu ke bdk perempuan.tp dia dah bgbtahu student.cuma dia risau kami x boleb terima.
Kalau kami rasa nak cari sek lain pun x pa.
Jadi en husband kata takpa..saya try dulu.sbb kalau tak try..tak tahu.
Kalau anak2 rasa mcm pressure kami akan fikir cara lain.
So saya pesan dkt anak2.Aliya,zara,khaira...kita bukan duduk di negara islam.bg diaorg sentuh2 tak jadi masalah.tp kita tak boleh mcm tu.sbb diaorg tak tahu dosa ke tak benda2 tu.jadi..mama pesan awak semua jaga diri baik2..jaga aurat... jgn sampai org pegang2 awak.kalau x sengaja lain la.Awk jgn susah hati sgt.selagi awak ada mama n papa...awak sentiasa ada dlm doa mama papa...mama doa sentiasa Allah lindungi awak semua dan mudahkan urusan awak semua.
Dulu kat Malaysia pun sama pesan anak jaga diri...sama juga kat jepun..jadi ibu zaman skrg mmg mencabar.
Semalam anak2 start sekolah.sy first time jumpa sensei kondo..dan sensei arai (bahagian kesihatan) sentiasa senyum..sensei kondo bw ke kelas anak2 jumpa guru kelas.
Setiap kelas cuma ada sorang guru je yang ajar semua subject.tak byk mana pun subject..
Lps sembang2 dgn guru kelas..sensei kondo panggil kami... dia tunjuk ni dia sediakan tmpt solat. Kat dewan atas tkt 3 tmpt bdk2 buat pj sementara padang tgh renovate.
Luas kan tempat dia dlm gmbr atas tu...kami tunjuk kat aliya n zara arah kiblat.Arah kiblat tu mengadap pintu org lalu lalang..cuma tak la dkt sbb kwsn luas.
Sensei kondo perati je..dr kami tunjuk arah kiblat n cara sy tunjuk kat anak2 mcm mana nak ambil wudhuk basuh kaki sbb tak boleh basah lantai.
Alhamdulillah ada tmpt solat.
Dah settle kami pergi semula kelas anak2.Tiba2 sensei kondo panggil kami balik...dia cakap apa sy tak faham la..husband je faham..dia bawa kami kat ke satu lagi tempat...mcm dewan jg.tp kecik sikit.dalam tu ada lagi satu bilik.still bersih.
Tahu dia nak buat apa?
Dia suruh anak2 solat.dkt situ....saya terharu sgt2.so that masa anak2 solat.takde org lalu lalang depan depa.n depa pun x rasa segan ke apa..huaargg serius bersyukur sgt kat Allah kerana mudahlan urusan kami melalui sensei2 tu.
Bilik atas ni tmpt baru solat anak2 kami kiblat mengadap penjuru dinding.sensei siap alihkan meja.
Luar bilik dewan tu ada sinki..mmg senang anak2 nak ambil wudhuk.
Bila settle semua kami balik rmh.Ptg tu lps aliya n zara balik sekolah..sy nmpk aliya stress sbb dia x faham lg.zara happy je.
Sy tanya mcm mana solat.
Diaorg pun cerita.pukul 1 sensei aliya panggil n bw aliya jumpa zara n sensei zara pun ikut bw diaorg pergi solat.sensei aliya tanya aliya...dgn guna bahasa isyarat mcm solat lps tu dia sebut Allah.aliya angguk je.Aliya kata sensei tanya kut kita sembah Allah ke.
Saya doa sangat2 semoga Allah mudahkan urusan kami melaksanakan rukun islam dan rukun iman kami di sini..semoga kami semua istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah.Aminn ya rabbal allamin..