Assalamualaikum..
Lama sangat sangat tak update blog...
Sejak-sejak kendali business kecil-kecilan untuk bento halal di jepun (nanies cooking) dan sejak masuk musim panas hari tu memang rasa malas nak merajinkan diri untuk blog.
Sekarang dah masuk autum dan order bento pun dah berkurang...mungkin sebab ramai yang tak ke Jepun memandangkan banyak bencana alam yang terjadi tahun ni...(semoga kami dan semua yang berada dijepun dalam lindungan Allah selalu)
Sebenarnya teringin nak cerita pasal kehidupan kami sekeluarga di Jepun sejak dua tahun menetap di sini.
Saya selalu terbaca atau mendengar customer yang menetap dia jepun yang cerita bertapa mereka tak suka dgn negara matahari terbit ini.Beberapa org menceritakan pengalaman buruk mereka dgn sesetengah masyarakat yang memandang serong pada wanita yang bertudung,atau juga memandang rendah pada warga asing,ada juga yang mengatakan Jepun byk jenayah tapi mereka cover supaya orang tidak nampak keburukan mereka.Ada yang mengatakan jangan harap duduk di Jepun nak dapat priviledge dari rakyat mereka..dan macam macam lagi.
Bila baca atau dengar cerita-cerita negative ini memang membuat kan saya amat risau juga dengan keadaan kami walaupun buat masa ni hidup kami di sini alhamdulillah byk Allah tolong.
Saya selalu pesan dgn anak-anak dan diri saya sendiri.
1.Peliharalah agama kita...Allah akan pelihara kita.
2.Niat la buat sesuatu itu kerana Allah dan nak buat benda baik..In Sha Allah ,Allah akan tolong kita
3.Jagalah Agama In Sha Allah dunia pun akan kejar kita
4.Kita menumpang negara org,kita berhijrah untuk menuntut ilmu,yg baik kita jadikan panduan yg buruk jgn ikut.satu hari nnt kalau kita balik negara sendiri kita ada ilmu untuk dikongsi.
5.Hormatla dkt org kalau kita nak kita dihormati
6.Senyum,dan berbudi bahasa kalau kita nak benda yg sama mereka lakukan dkt kita( walaupun kalau mereka hanya bermuka2 tp kita tak faham hahahha)
7.Sentiasalah berharap Allah...bumi ini luas..mana2 kita pergi bukan hak mereka tapi hak Allah.
Memang buat masa ni ditempat saya cuma kami sahaja keluarga Islam dan menutup aurat...
kebarangkalian untuk dpt priviledge mmg lagi tak nampak la hehehe..
Tapi.kelebihan kami dan semua umat Islam adalah Doa.
Kita ada kuasa Doa...setiap benda hidup dan hati manusia semua milik Allah..
Saya selalu mohon pada Allah mudahkan la urusan kami dunia akhirat..
Mudahkan kami melaksanakan rukun iman dan rukun islam kami di mana juga kami berada.
Alhamdulillah Allah izin kan...
malah baru2 ini pakcik ketua block kami..panggil suami saya ajak bersembang..
dia tunjuk pada husband saya yang dia telah membeli buku mengenai ISLAM( bertapa bersyukur nya kami bila dia nak tahu pasal Islam walaupun tak tahu dia baca atau tak hehehhe)
Dia bagitahu husband saya yang dia juga adalah ahli sukarela polis (tak berapa faham tapi katanya kalau ada apa2 kes kalau dia yang report,polis akan take serious sbb dia anggota yang berdaftar)
so katanya kalau ada yang tak kena atau anak2 kena buli di sekolah,bg tahu dia cepat..dia juga offer diri nak tolong bawa husband saya ke tempat urus kereta yang husband saya nak tengok...atau biar dia uruskan permohonan parking dan sebagainya..dia juga tolong call tempat parking tanyakan proses..walaupun husband kata takpa biar husband saya sendiri yang call.
Saya agak terharu...dalam kekeliruan saya fikir kenapa saya kena pindah sini..Allah bg jawapan mungkin ada sesuatu hikmah yg saya tidak ketahui lagi.
Saya juga bersyukur bila Allah selalu temukan saya dgn jiran2 ,sahabat2dan keluarga yang baik....(nikmat Allah yang mana la yg kamu ingin dustakan).
Hidup di Jepun mmg kena struggle... bukan mencari kekayaan kerana disini mmg kos nya amat tinggi(tapi kalau dapat Alhamdulillah)..tapi mencari keredhaan...