Thursday, August 24, 2006

shoping-shoping for baby...

seronok-seronok.... seronok suka jer la...
jom kengkawan beli barang utk anak2 ker.. anak sedara ker... sapa2 ler..

http://www.mydear.com.my/mydear/index.html

http://www.toysrus.com.my/

3 month development

Nur Aliya sophia dah 3 bulan....
jom tgk apa baby 3 bulan boleh buat....

- Baby 3 bulan dah mula mengenal mama dan papa nya
- Baby 3 bulan akan senyum kat sapa-sapa jer terutamanya bila org tu tgk mata dia..cakap2 dgn dia.Tapi mula2 dia nak kenal pasti siapa dalam hidup dia.. adalah mama dia,papa dia dan org keliling dia yang rapat dengan dia.
- Dia mungkin akan merenung kita atau tercari-cari kita dalam bilik dan dia akan gerakkan tangan dia sambil senyum bila dia dah nampak kita... eeeeeee seronoknyaa
- masa 3 bulan ni baby dah start nak comunicate dgn kita... tak caya cuba kita mulakan cakap dgn dia.. mesti lps tu bising mulut dia tak habis-habis nak cerita.

Early language development

-nak tahu..... ???? ada kajian yg dibuat menunjukkan baby yg parents dia selalu bersembang,melayan baby dia akan mempunyai IQ yang tinggi dan menambahkan byk perbendaharaan kata bila mereka besar berbanding dgn kanak-kanak lain.
-Bila kita jalan-jalan tu jgn lupa tunjuk kat dia..dan bagitahu dia contohnya nampak burung ker...terang kat dia tu burung ker bird ker otori ker apa-apa bahasa ler...nanti satu tahap dia baby tu akan ulang balik...masa 3 bulan ni tak ler lagi kut hehehehe...

penat aaa nak buat kerja plak... sambung nanti.. chow chin chow........

cerita + resepi

penatnyer..... kalau la boleh dok rmh jer jaga anak kan seronot....semalam abg syg aku kata stering keta mcm bergoyang.... sekali tu aku tengok mmg teruk pun tersenggut-senggut stering tu aku tengok.nak g betul kan takut mahal plak,dah la tak dpt gaji lagi ni.. atoiii aku plak tak g keluar duit lagi.. tapi ada kedai boleh guna kad kredit.....hehehhe so aku,abg syg dan aliya sophia pun pergi la kedai uncle yg biasa kitaorg pergi tu... sampai2 jer terus tanya boleh guna kad ke nak betul keta..kahkahkah..buat malu jer... tapi lantak la janji aku boleh betul keta... uncle tu kata ala.. tak boleh la..lps tu dia tanya kenapa ?abg syg aku pun citer la.. uncle tu mmg baik la...service keta kat dia pun tak mahal,tak pernah suruh pasang bukan2 kat keta kita..nasihatkan lagi pasal keta ada.. cehhh aku ni mcm promote kedai uncle tu plak.. mcm boleh dpt komisen plak.. tapi sbb dia baik kan.. so aku pun selitkan la juga citer dia skit...kut2 la ada member nak tahu pasal kedai dia tu.lps abg syg aku citer kat dia pasal stering tu.. dia terus kata ni pasal tayar ni.. takpa2 saya betulkan untuk awak..... ni bahaya ni biar saya betulkan untuk awak.... lagi pun awak ada baby nanti takut bahaya... aaaaa sebenarnya Alhamdulillah sbb ALlah yg lembutkan hati uncle tu supaya tak payah ambil bayaran.seronotnya aku bersyukur sgt tak kena bayar hehehhe... abg syg aku siap nak suruh aku buatkan kek bg uncle tu skit sbb byk kali dah dia tolong kitaorg...
Hari tu jole (ntah apa nama sebenarnya pun aku tak tahu) tapi bersambung dgn cooler la... dah pecah.. pun dia tak ambil mahal... kalau tak meletup keta aku..
yerlah keta aku tu dah nak masuk 6 thn...kalau bercinta dah kahwin dah ada anak dah.
settle pasal keta planning nak g tgk ija kurus baru bersalin..tapi sbb kan dah malam tak jadi nak pergi.. aliya sophia plak dah mcm letih.
Malam tu aliya sophia sembang dgn aku panjang-panjang muncung dia bercerita... pasal sapa ntah.. pasal kawan-kawan dia agaknya...lps sembang dia tidur.... abg sayang aku kena masak lagi hari ni... sayang betul aku kat dia hehehehe aku lipat kain jerlah....
tapi hari ni aku buat air longan kering.. ikut resepi yg rina bg untuk menambahkan air susu.abg syg aku kata sedap..
rini suruh aku letak gula merah aku letak gula melaka sedap juga

ramuan traditional untuk tambah air susu badan yg aku dapat dari rini dan ija kurus sehari sebelum ija kurus tu kena masuk hospital.

makan jantung pisang
makan pengaga
minum air barli nak sedap perah lemon
minum air longan kering.... (rendam kejap lps tu masuk dalam air yg kita masak dan campur gula merah atau gula melaka) perhhh mmg sedapp
makan sayur daun kucai

tapi selain tu aku ambil ubat kat doktor juga..
sbb aku terbaca dalam PAMA ada ubat untuk tambah air susu
aku tanya doktor ubat tu dr kata ubat tahan muntah jer sebenarnya
tapi okey juga sbb susu byk la juga...

Wednesday, August 23, 2006

Aliya miss Mama !!!!

Ptg semalam ambil aliya dia tak tidur mcm hari first,tp dia lemah jer la...mcm x ceria.Sampai kat rumah bersungguh-sungguh dia dok bercerita dengan aku... aaaaa... akekkk... seronok plak aku dok sembang dgn dia...aku bg tahu dia malam ni dia kena imunisasi dia diam jer... malam tu aku bawa g imunisasi 3 bulan... berat dia naik 4.8kg dia nangis kejap adala 1 minit sbb sakit lps tu dah diam.Balik tu ngantuk giler..lps bg aliya sophia minum aku terus tertidur sambil peluk dia,sampai pagi tu aku bangun mandi aku dgr dia jerit... abg syg aku kata dia cari aku bila dgr suara aku dia diam.lps tu nangis lagi,bila aku dah siap aku buka pintu bilik air nak gosok gigi dia nampak aku dia diam.. dia mmg rindu kat aku... :(( rasa mcm nak cuti jer hari ni....

Tuesday, August 22, 2006

nur aliya sophia 3 month

hmm 19/08/06 genaplah nur aliya sophia 3 bulan..... waaa seronotnyaaa ada baby.... aku pun start kerja 20hb tu aku ambil unpaid leave sebulan demi anak kesayangan tu.19/08/06 aliya cukur jambul skit2 kat rmh opah dia kat ipoh.+ dgn marhaban sekali.... muka dia selamba jer bila org marhaban kan dia... bila nampak pakngah dia ambil gambar dia.... lagi dia buat muka selamba....

4 perkataan pertama nur aliya sophia.... adalah

aaaaaa
uuuu
akekkkk
enggekkk

syoknya aku tgk

berat aliya dah naik jadi 4.5 kg.... dr kata dia cepat naik dari berat 1.6 kg dia tu.

saat-saat nak bersalin

ni nak citer dari start aku kena tahan kat wad. 18/05/06 hari khamis aku tak sihat siang tu pening2 rasa nak muntah... so aku pun plan ambil mc hari tu... masa tu aku pregnant 35 minggu.aku ak larat nak jln kaki g klinik so tunggu la abg syg aku balik kerja nanti pergi. tapiiiiiiiiiii hari ni jusco SALE kat puchong..... aku dah tekad nak g malam ni utk sambung beli brg baby..... mcm mana ni..... ptg tu abg syg aku balik kerja.. aku suruh dia siap cepat2 siap nak g jusco malam ni...SEMANGAT PERJUANGAN B'SHOPING... bukan lagu "semangat yg hilang" lagu xpdc tu... tp abg syg aku suruh g klinik juga....mula2 aku tak nak dgr cakap dia... lps solat maghrib tu hati aku jadi insaf jap heheheh jadi isteri solehah kuang..kuang..kuang.. aku g kat abg syg aku.. aku suruh dia buat keputusan...
dia kata kita g klinik az-zaharah jap lps tu kita g jusco ek... aku pun ikut jer.....



malam lps maghrib: sampai turn aku jumpa dr.mula2 dr tanya aku pregnant ker? MAK AIIIIII perut aku dah 35 weeks............ tak nampak apo dr ni....aku cakap kat hati jer... tapi dr tu baik la.. actually aku dah bayar 500. kat az-zaharah utk pakej umi.. so aku citer la pasal checkup aku kat dr tu.dia pun check darah aku... dgn muka terkezut dia.... awak kena tahan kat hospital niiii.... awak kena bersalin malam ni juga ni..... musykil aku dgn dr ni... apahal nya ni.. aku dgn hubby aku dah cuak dah...
dr tu bergegas suruh panggil dr pakar yg check aku tu... so ON CALL la specialist tu.... rupa2nya.. masa dia check darah aku tu... yg aku terdengar2 dia kata blood presure aku naik sampai 168.so nak tak nak kena bersalin juga malam ni atau esok pagi.Dr pakar tu kata aku tak boleh bersalin kat situ dah sbb takut jadi apa2.dia mcm tak berani nak tanggung juga... so malam tu dia masukkan ubat .. ya ALlah mcm nak terbakar badan aku dia masukkan ubat tu...aku rasa badan aku penuh asap jer yg org lain tak nampak... dalam hati aku cakap.. aku ni dalam neraka ker apa....

pukul 10pm dgn naik ambulan yg selama ni aku cita2 kan aku kena htr g hospital serdang.dr kata esok pagi aku kena bersalin.. aku kena masuk wad kad icu malam tu.

19.05.06 Jumaat : pagi pukul 8 lebih kut... nurse kata dah sampai masa utk aku kena operate.abg syg aku dah kecut dah muka dia, aku nampak masa diaorg sorong aku ke bilik pembedahan abg syg aku tgh tadah tgn mcm doa.. takut aku meninggal kut hehehehe...
Dalam bilik bedah tu dah la sejuk mcm dalam peti ais.... musim bunga pun tak sejuk camtu.... dr bius tulang kat belakang bdn aku.. nurse yg pegang aku pujuk aku suruh mengucap byk2 ingat ALlah byk2..horror....... mcm dah takder harapan nak hidup plak hehehe

pukul 9 am lebih baby aku pun dikeluarkan uwekk... uwekkk..... huarghhhh sayunyaa bunyi..
pukul 10 lebih.... aku keluar dari bilik bedah masuk balik kat icu tu sbb blood presure aku tak turun lagi... bila abg syg aku masuk bilik tu perkataan pertama yg aku tak dpt lupakan dia kata.. dgn muka cemas dia.. aaa abg tak tahu mcm manalah kalau ayg takder... maksud dia dia tak tahu mcm mana hidup dia kalau aku takder..

baby aku lahir 35 minggu lps tu kecik sgt 1.6 kg sedih aku dgr.. mcm aku tak jaga dia plak...
tapi aku bersyukur dia sihat....


Nur Aliya Sophia binti Mohd Hairol